Friday, November 2, 2012

Perlu ke update status fb selalu???

perlu ke update status kat fb tu? macam tak ada faedah sangat je... kalau orang baca pun, hanya baca sekadar baca je. lepas tu like, tak pun share kalau rajin lagi,tak pun copy dan paste di profile sendiri. dulu pernah lah terfikir benda-benda alah macam ni....



ok, sekarang jom zoom pendapat lain pulak. jom kita 'thinking out of box' ^^ . pernah tak kita terfikir,

situasi 1: si A dimarah oleh si B sebab tak betul-betul laksanakan tugas yang diberi untuk sesebuah organisasi dengan baik. dengan marah, si A buka fb, dengan niat nak malukan si B dengan menulis status yang berbagai2.. sebelum si A tulis status, si A buka 'home' dulu, scroll down dulu nak tengok update status kawan2, dan 'tupppp' ada status dari kawan dia............

"Marah itu akan membuka jalan yang seluasnya untuk syaitan ber'aksi' "

bila terbaca status si C ni, dengan segera dia membatalkan hasratnya tadi

situasi B : S sangat feminim dan pakaiannya semua up-to-date, tapi..... sedikit tidak menepati syariat. Dia memang tak pernah tahu pun yang sebagai umat Islam kita hendaklah berpakaian menutupi aurat, tudung kena labuh sehingga bawah dada dan sebagainya. ditakdirkan Allah, di satu malam yang hening, S terbaca status fb kawannya (yang tak pernah dia kenal pun, just confirm je kerjanya)...........

" jom jadi muslimah bermaruah! labuhkan tudung, pakai longgar- itulah pakaian bermaruah! "

esoknya, dia bertaubat pada Allah dan cuba untuk menjadi muslimah yang dituntut dalam Islam...

situasi C : banyak sekali masalah melanda si Z hari ni, dia rasa sungguh tak kuat. masalah-masalah yang melandanya membuatkannya resah, sedih, marah, kecewa dan sebagainya. Z membuka ipad kesayangannya. sign in fb, sebab nak chat dengan kawan-kawan minta nasihat. tiba-tiba, Z terbaca status kawannya..............

" Allah tak kan membebankan hambanya melainkan sesuai dengan kemampuan kita"

di atas adalah sebahagian dari kisah-kisah benar yang tersembunyi yang mungkin kita tidak tahu pun. ok, tak perlu pergi jauh, cuba nilai diri kita sahaja. pernah tak baca mana-mana status kawan, kemudian ada satu status tu berbanding beratus-ratus status rakan2 lain yang seolah-olah kena dengan diri kita? tak pun... "eh, inilah jawapan yang ku cari selama ni.."... atau..." laaaa...macam ni rupanya....aih, lama mana dah salah faham ni..."

mesti pernah kan?

so, tak salah pun untuk selalu update status-status. tapi, janganlah update status yang 'TAK BERFAEDAH' a.k.a 'SIA-SIA' a.k.a 'KOSONG'!!! seperti;

- bosanlah...nak wat ape yewww....? (baca lah Qur'an)
- menci lah bf i ni, selaluuu miscol, rini tak plak...lame i tunggguuu uuu... (errr.)

sebahagian kisah realiti lah. tapi, tak kisah lah kalau nak update status macam kat atas tu. fb masing-masing.[ 'bukan fb u pun, SIBUK!' ].. Cuma kalau tak nak dapat saham atau pahala 'KOSONG', tak perlulah.

tulis lah yang macam ni...

- " jom2, sama2 dhuha, baca mat'hurat & tadabbur al-kahfi di pagi jumaat "
- " Perjuangan dirancang oleh orang alim, dilaksanakan oleh orang ikhlas, dimenangkan oleh orang yang berani, dan DINIKMATI oleh orang PENGECUT >> kita yang mana satu? "
- قل الحق ولو كان مرا ... بركاتله يغ بنر سكاليفون فاهيت....

haaaa.... kan ada saham 'BERISI' kalau tulis macam ni. ada juga yang tergerak hati nak baca surah kahfi, ada yang tiba-tiba bersemangat nak menegakkan kalimah Allah, dan ada yang mula berani amar makruf, nahi mungkar.... ^^

tapi, tiba-tiba ada pula yang......>>>>

"saya tak baik, tak ber'juruh', tak soleh, tak layak tulis status2 baik ni...."

errrrrr.....

>>>kalau nak tunggu jadi ulamak dulu baru nak sebarkan kebaikan, ramai lah manusia yang akan rosak, sebab 'confirm'ke awak tu boleh dapat taraf ulama' before mati???? <<<<

hehe..tq jawapan di atas (^_____^) (diambil dari status fb juga- tapi yang edited version..huhu)

jadi, jom ubah paradigma! mana tahu dengan status kita tu, ada yang dari keadaan marah boleh jadi cool lepas baca status kita... ada yang tengah nak buat jahat, tapi terbatal lepas baca status kita..... ada yang sedang nak hina orang, tapi tak jadi lepas baca status kita, ada yang rasa sedih, boleh jadi gembira balik lepas baca status kita, ada yang sedang buntu, tapi jumpa jawapannya lepas baca status kita... dan macam2 lagi...

memang Allah adalah penggerak atau penentu sesuatu tindakan kita. memang kalau tak diizin Allah, orang yang nak marah pun masih marah lepas baca status kita pun. ada je. Allah lah yang menentukan segala sesuatu walaupun untuk mata kita berkedip sekalipun, walaupun untuk debu berterbangan sekalipun. tapi, tak nak ke kita jadi salah satu wasilah kepada kebaikan? tak nak ke kita jadi musabab kepada penghijrahan seseorang? hanya dengan share status2 yang baik? tak susah pun kan?

see?????

sebab itulah saya masih meng'update' status.. sekurang-kurangnya, ia juga menjadi peringatan buat saya^^

{nak dapat pahal tak susah | ikhlas itu perlu }

1 comment:

  1. Sesungguhnya aku sedang menasihati kamu, bukanlah bererti akulah yang terbaik dalam kalangan kamu. Bukan juga yang paling soleh dalam kalangan kamu, kerana aku juga pernah melampaui batas untuk diri sendiri. Seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna, nescaya tidak akan ada pendakwah. Maka, akan jadi sikitlah orang yang memberi peringatan - Imam Hassan Al-Basri-

    Betul2, x semestinya tunggu baik baru boleh nak share atau post benda2 yang baik. Kita x tau mungkin usaha2 ini boleh menjadi saham untuk kita masuk syurga. ^^

    ReplyDelete