Monday, August 13, 2012

belum tiba saat dan ketikanya



"maaf enti, buat masa sekarang, muslimin itu masih belum bersedia, ana dah tanyakan beberapa muslimin yang lain, namun mereka masih belum siap," akhi Fariz menunduk, barangkali merasakan sedikit sesal lewat usahanya yang tidak menemui hasil. ukhti Sofia masih setia menemani zaujnya, juga tertunduk.

"alhamdulillah..." satu senyuman yang ikhlas menempel di raut waja
hnya seraya kalimah itu ditutur.

"alhamdulillah?", akh Fariz mengangkat kepala. ukht Sofia turut terkedu mendengar kalimah itu.

"alhamdulillah, Allah masih mahu menjaga ana dari berfikir mengenai masalah2 hati. mungkin Allah mahu ana disibukkan dengan kerja-kerja Islam dibanding memikirkan perihal hati. mungkin juga Allah tahu yang ana belum layak untuk memikul tugas dalam bait muslim. Allah lebih tahu.." lancar sahaja Salsabila meluahkannya.

"Sal yakin? tapi...", Ukht Sofia mula bersuara. sangsi pada ketenangan Salsabila.

"insyaAllah, jika diberi pilihan pun, Sal akan pilih perjuangan. bukan bermakna Sal menolak untuk berumah tangga. tidak. bahkan ia adalah sunnah. namun, andai belum tiba saat dan ketika itu walaupun telah berusaha, bermakna Allah mahu terus menguji iman yang dangkal ini."

"err...kami betul-betul minta maaf. salah kami barangkali kerana tidak benar-benar berusaha.." ukht Sofia mengangguk kepala tanda setuju dengan zaujnya.

"astaghfirullah, kalau antum bersalah, bermakna Allah juga salah. kan ke apa yang berlaku semua dalam pengetahuan dan ketetapan Allah. tak perlu rasa begitu."