Friday, November 30, 2012

PANDUAN ASAS BUKU FIKRAH

::~PANDUAN ASAS BUKU FIKRAH~ ::

TASAWWUR ISLAM
1. Apa ertinya saya menganut Islam ? – Fathy Yakan
2. Asas-asas Islam – Abul ‘Ala al-Maududi
3. Salah faham terhadap Islam – Muhammad Qutb
4. Risalah Usrah – Abu Urwah
5. Islam : tindak lanjut syahadatain – Said Hawwa
6. Sepuluh perkara pokok dalam Islam
7. Lain-lain rujukan lebih sesuai/releven/terkini

AQIDAH & TAUHID
1. Pengantar aqidah – Yusof Al-Qardhawy
2. Iman & Kehidupan – Yusof Al-Qardhawy
3. Syahadah – Said Hawwa
4. Lailahaillallah – manhaj hidup – Syed Qutb
5. Roh tauhid dalam gerakan Islam – Ramli Awang
6. Muqaddimah aqidah muslim – Abdul Hadi Awang
7. Aqidah & Perjuangan – Fadzil Noor (Allahyarham)
8. Aqidah yang menggoncang dunia – Mohamad Fauzi Zakaria
9. Lain-lain rujukan yang lebih sesuai/releven/terkini

AKHLAK
1. Bidayatul Hidayah – Imam al-Ghazali
2. Bimbingan Mukminin – Imam al-Ghazali
3. Jundullah Thaqafatan wa Aklaqan – Said Hawwa
4. Menuju ketaqwaan – Abdullah Nasih Ulwan
5. Asas-asas akhlak Islam
6. Indhibath dalam harakah
7. Siri tazkirah Tuan Guru Nik Aziz
8. Peribadi Muslim – Dr. Muhammad Ali al-Hashimi
9. Suri teladan sepanjang jalan dakwah – Mustapha Mashyur
10. Lain-lain rujukan lebih sesuai/releven/terkini

HARAKI & TAJDID
1. Peraturan & arahan – Hassan al-Banna
2. Risalah Taalim – Hassan al-Banna
3. Nazharat Fi Risalah Taalim
4. Risalah Jihad – Hassan al-Banna
5. Amal Islami 1 & 2 – Said Hawwa
6. Harakah Islamiyah satu tuntutan – Yusuf al-Qardhawy
7. Berbilang-bilang BADAR – Harun Taib
8. Fiqh amal jamaie – Mukhtar Senik
9. Pra syarat kejayaan harakah Islamiyah – Abul Ala al-Maududi
10. Jundullah Jihad fi sabilillah – Said Hawwa
11. Jundullah thaqafatan wa akhlaqan – Said Hawwa
12. Petunjuk sepanjang jalan – Syed Qutb
13. Tajdid Islami – Abd Ghani Samsuddin
14. Hizbullah & hizbusyaitan – Abd Hadi Awang
15. Tahrir wala – Said Hawwa
16. Tanzim Haraki - Abdul Mun’im al-Badri

DAULAH & KHILAFAH
1. Fiqh Daulah – Yusuf al-Qardhawy
2. Merintis khilafah yang hilang – Abdullah Azzam
3. Bbahaya undang-undang manusia - Abdullah Azam
4. Pelaksanaan syariah Islam – Yusof al-Qardhawy
5. Halangan-halangan pelaksanaan syariah – Yusof al-Qardhawy
6. Lain-lain rujukan lebih sesuai/releven/terkini

DAKWAH
1. Jalan Dakwah bainal isalah wal inhiraf – Mustapha Masyhur
2. Jalan Dakwah bainal qiyadah wal jundiyyah – Mustapha Masyhur
3. Jalan Dakwah – Mustapha Masyhur
4. Munajat atas jalan dakwah – Mustapha Masyhur
5. Usrah dan dakwah – Hassan al-Banna
6. Tiga bingkisan dakwah – Hassan al-Banna
7. Golongan yang tercicir di sepanjang jalan dakwah – Fathy Yakan
8. Usul dakwah 1 & 2 – Dr. Abdul Karim Zaidan
9. Mehnah & tribulasi dalam dakwah
10. Dakwah fardiyyah – Mustapha Masyhur
11. Bagaimana kita menyeru kepada Islam – Fathy Yakan
12. Lain-lain rujukan lebih sesuai/releven/terkini

SIRAH NABAWIYAH
1. Fiqh Sirah 1, 2 , 3 – Dr. Said Ramadhan al-Buthi
2. Fiqhul Harakah dalam Sirah Nabawiyah – Abdul Hadi Awang
3. Manhaj Haraki Sirah Nabawi – Munir al-Qabban
4. Lain-lain rujukan lebih sesuai/releven/terkini

FEQAH
1. Fiqh Sunnah – Sayyid Sabiq
2. Siasah Syar’iyyah satu muqaddimah – Hasa Ibnu Rafi
3. Fiqh Islami Empat Mazhab – Dr. Wahbah Zuhaili
4. Fiqh Wanita
5. Lain-lain rujukan lebih sesuai/releven/terkini

Tuesday, November 27, 2012

It's Jumuah lyric

Upon browsing on YouTube the other day, I found this cool video (song actually) about Friday. The original song is Parody of Rebecca Black's "Friday". I din't know about it until my friend mention it.

Enjoy the song and listen well on the lyric posted.

It was narrated from Abu Sa'eed al-Khduri that the Prophet (peace and blessings of be upon him) said: "Whoever reads Surat al-Kahf on Friday, he will be illuminated with light between the two Fridays." Narrated by al-Hakim

IT'S JUMUAH - Lyric

5AM Waking up for Fajr
Got to make Wudu, got to pray my Sunnah
Got to make Ghusl, got to clip my nails
Looking outside, the sun is rising up in the sky
Everybody's rushing
Got to get down to the masjid
Got to say "Salam!" to the Imam

Sitting in the first Saff (row), chilling in the back Saff (row)
Got to make my mind up... Do what the prophet did!

It's Jumuah! Jumuah!
Got to make dhikr on Jumuah,
Everybody's looking forward to His mercy, mercy
Jumuah! Jumuah!
Got to make dhikr on Jumuah,
Everybody's looking forward to the Ajr
Miswaking!, Miswaking!
Miswaking!, Miswaking!
Pray, Pray , Pray, Pray
Got to read Surat Al-Kahf

12:45 the Imam's on the minbar, talking about something like "Fiqh Az-Zakat"
They're whispering, chatting from the crowd, don't they know that it's haram
I stand up, you stand up, prayer's about to start "Qad, Qaamat es-Salaah"
Foot to foot! shoulder to shoulder! Just don't step on me!

Sitting in the first Saff (row), chilling in the back Saff (row)
Got to make my mind up... Do what the prophet did!

It's Jumuah! Jumuah!
Got to make dhikr on Jumuah,
Everybody's looking forward to his mercy, mercy

Jumuah! Jumuah!
Got to make dhikr on Jumuah,
Everybody's looking forward to the Ajr
Miswaking!, Miswaking!
Miswaking!, Miswaking!
Pray , Pray, Pray , Pray
Got to read Surat Al-Kahf

It's Jumuah Jumuah
Got to make dhikr on Jumuah,
Everybody's looking forward to His mercy, mercy

Jumuah! Jumuah!
Got to make dhikr on Jumuah,
Everybody's looking forward to His mercy

Monday, November 26, 2012

Keajaiban-Keajaiban di Jalur Gaza



Gaza, itulah nama hamparan tanah yang luasnya tidak lebih dari 360 km persegi. Berada di Palestin Selatan, "tersepit" di antara tanah yang dikuasai penjajah Zionis Israel, Mesir, dan laut Mediterania, serta dikepung dengan tembok di sepanjang daratannya.

Sudah lama Israel "bernafsu" menguasai wilayah ini. Namun, jangankan menguasai, untuk boleh masuk ke dalamnya sahaja Israel sangat kesulitan.

Sudah banyak cara yang mereka lakukan untuk menundukkan bandar kecil ini. Sekatan rapat yang membuat rakyat Gaza kesulitan memperolehi bahan makanan, ubat-ubatan, dan tenaga, telah dilakukan sejak 2006 hingga kini. Namun, penduduk Gaza tetap bertahan, bahkan perlawanan Gaza atas penjajahan Zionis semakin menguat.

Akhirnya Israel melakukan serangan "habis-habisan" ke wilayah ini sejak 27 Disember 2008 hingga 18 Januari 2009. Mereka "membasahkan" ratusan tan bom dan mengerahkan semua kekuatan sehingga pasukan cadangannya.

Namun, sekali lagi, negara yang tergolong memiliki tentera terkuat di dunia ini harus berundur dari Gaza.

Di atas kertas, kemampuan senjata AK 47, roket anti tank RPG, ranjau, serta beberapa jenis roket buatan tempatan yang biasa dipakai para mujahidin Palestin, tidak akan mampu menghadapi pasukan Israel yang didukung kereta kebal Merkava yang dikenali terhebat di dunia. Apalagi menghadapi pesawat tempur canggih F-16, helikopter tempur Apache, serta ribuan tan "bom canggih" buatan Amerika Syarikat.

Akan tetapi di sana ada "kekuatan lain" yang membuat para Mujahidin mampu membuat "kaum penjajah" itu melarikan diri dari Gaza dengan muka tertunduk, walau hanya dengan berbekal senjata-senjata kuno.

Itulah pertolongan Allah Subhanahu wa Ta'ala yang diberikan kepada para pejuangnya yang taat dan ikhlas. Kisah tentang munculnya "pasukan lain" yang ikut bertempur bersama para mujahidin, semerbak harum jasad para syuhada, serta beberapa "peristiwa ajaib" yang lain selama pertempuran, telah beredar di kalangan masyarakat Gaza, ditulis para wartawan, bahkan disiarkan para khatib Palestin di khutbah-khutbah Jumaat mereka.

Berikut ini adalah rangkuman "kisah-kisah ajaib" tersebut dari pelbagai sumber untuk kita ingat dan renungkan.

Pasukan "Berseragam Putih" di Gaza ...

Ada "pasukan lain" membantu para mujahidin Palestin. Pasukan Israel sendiri mengakui adanya pasukan berseragam putih itu.

Suatu hari di penghujung Januari 2009, sebuah rumah milik keluarga Dardunah yang berada di antara Jabal Al Kasyif dan Jabal Ar Rais, tepatnya di jalan Al Qaram, didatangi oleh sekelompok pasukan Israel.

Seluruh ahli keluarga diperintahkan duduk di sebuah bilik. Salah satu anak laki-laki disoal siasat mengenai ciri-ciri para pejuang al-Qassam.

Saat disoal siasat, sebagaimana ditulis laman Filisthin Al Aan (25/1/2009), mengutip cerita seorang mujahidin al-Qassam, laki-laki itu menjawab dengan jujur bahwa para pejuang al-Qassam mengenakan baju hitam-hitam. Akan tetapi tentera itu malah marah dan memukulnya hingga laki-laki malang itu pengsan.

Selama tiga hari berturut-turut, setiap ditanya, laki-laki itu menjawab bahawa para pejuang al-Qassam memakai seragam hitam. Akhirnya, tentera itu naik pitam dan mengatakan dengan keras, "Wahai pembohong! Mereka itu berseragam putih! "

Cerita lain yang disampaikan penduduk Palestin di laman milik Brigade Izzuddin al-Qassam, Multaqa al-Qasami, juga menyebutkan adanya "pasukan lain" yang tidak dikenali. Awalnya, sebuah ambulan dihentikan oleh sekelompok pasukan Israel. Pemandunya ditanya sama ada dia berasal dari kumpulan Hamas atau Fatah? Pemandu malang itu menjawab, "Saya bukan kumpulan mana-mana. Saya cuma pemandu ambulan. "

Akan tetapi tentera Israel itu masih bertanya,

"Pasukan yang berpakaian putih-putih dibelakangmu tadi, masuk kelompok mana?"

Si pemandu pun kebingungan, kerana ia tidak melihat seorangpun yang berada di belakangnya. "Saya tidak tahu," jawapan satu-satunya yang ia miliki.

Cerita mengenai "pasukan tidak dikenal" juga datang dari seorang penduduk rumah tersusun wilayah Tal Islam yang hendak berpindah bersama keluarganya untuk menyelamatkan diri dari serangan Israel.

Di tangga rumah ia melihat beberapa pejuang menangis. "Kenapa kamu menangis?" Tanyanya.

"Kami menangis bukan kerana khawatir keadaan diri kami atau takut dari musuh. Kami menangis kerana bukan kami yang bertempur. Di sana ada kumpulan lain yang bertempur memporak-perandakan musuh, dan kami tidak tahu dari mana mereka datang, "jawabnya.

Saksi tentera Israel ...

Cerita tentang "tentera berseragam putih" tak hanya diungkap oleh mujahidin Palestin atau warga Gaza. Beberapa pasukan pasukan Israel sendiri menyatakan hal serupa.

Laman al-Qassam memberitakan bahwa TV Channel 10 milik Israel telah menyiarkan seorang anggota pasukan yang ikut serta dalam pertempuran Gaza dan kembali dalam keadaan buta.

"Ketika saya berada di Gaza, seorang tentera berpakaian putih mendatangi saya dan menaburkan pasir di mata saya, hingga saat itu juga saya buta," kata anggota pasukan ini.

Di tempat lain ada tentera Israel yang mengatakan mereka pernah berhadapan dengan "hantu". Mereka tidak diketahui dari mana asalnya, pada bila-bila munculnya, dan ke mana menghilangnya.

Masih dari Channel 10, seorang tentera Israel lainnya mengatakan,

"Kami berhadapan dengan pasukan berbaju putih-putih dengan janggut panjang. Kami tembak dengan senjata, akan tetapi mereka tidak mati. "

Cerita ini menggelitik banyak penonton. Mereka bertanya kepada Channel 10, siapa sebenarnya pasukan berseragam putih itu?

Apakah pasukan berbaju putih itu adalah MALAIKAT bantuan Allah, sebagaimana Allah telah membantu dalam perang Badar dalam Al-Quran?

"(Ingatlah), ketika kamu memohon pertolongan kepada Tuhanmu, lalu diperkenankan-Nya bagimu:" Sesungguhnya Aku akan mendatangkan bala bantuan kepadamu dengan seribu malaikat yang datang berturut-turut ". (QS. 8: 9)

Suara Tak Bersumber ...

Ada lagi kisah karamah mujahidin yang kali ini disebutkan oleh khatib masjid Izzuddin Al Qassam di wilayah Nashirat Gaza yang telah ditayangkan oleh TV channel Al Quds, yang juga ditulis oleh Dr Aburrahman Al Jamal di laman Al Qassam dengan judul Ayaat Ar Rahman fi Jihad Al Furqan ( ayat-ayat Allah dalam Jihad Al Furqan).

Sang khatib bercerita, seorang pejuang telah menanam sebuah ranjau yang telah disiapkan untuk menyambut pasukan Zionis yang melalui jalan tersebut.

"Saya telah menanam sebuah ranjau. Saya kemudian melihat sebuah helikopter menurunkan sejumlah besar pasukan disertai tank-tank yang beriringan menuju jalan tempat saya menanam ranjau, "kata pejuang tadi.

Akhirnya, sang pejuang memutuskan untuk kembali ke markas kerana mengira ranjau itu tidak akan bekerja optimum. Maklum, jumlah musuh amat banyak.

Akan tetapi, sebelum beranjak meninggalkan lokasi, pejuang itu mendengar suara "Utsbut, tsabatkallah" yang maknanya kurang lebih, "tetaplah di tempat maka Allah menguatkanmu." Ucapan itu ia dengar berulang-ulang sebanyak tiga kali.

"Saya mencari sekeliling untuk mengetahui siapa yang mengatakan hal itu kepada saya. Akan tetapi saya malah terkejut, kerana tidak ada seorang pun yang bersama saya, "ucap mujahidin itu, sebagaimana ditirukan sang khatib.

Akhirnya sang mujahid memutuskan untuk tetap berada di lokasi. Ketika sebuah kereta kebal melewati ranjau yang tertanam, sesuatu yang "ajaib" terjadi. Ranjau itu justru meletup amat dahsyat. Tank yang berada di dekatnya langsung hancur. Banyak tentera Israel meninggal seketika itu. Sebahagian daripada mereka harus diangkut oleh helikopter. "Sedangkan saya sendiri dalam keadaan selamat," kata mujahid itu lagi, melalui lidah khatib.

Cerita yang disampaikan oleh seorang penulis Mesir, Hisyam Hilali, dalam laman alraesryoon.com, ikut menyokong kisah-kisah sebelumnya. Abu Mujahid, salah seorang pejuang yang melakukan ribath (berjaga) mengatakan,

"Ketika saya mengamati gerakan kereta kebal di sempadan bandar, dan tidak ada seorang pun di sekitar, akan tetapi saya mendengar suara orang yang bertasbih dan beritighfar. Saya berkali-kali mencuba untuk memastikan asal suara itu, akhirnya saya memastikan bahawa suara itu tidak keluar kecuali dari batuan dan pasir. "

Sudah Meledak, Ranjau Masih Utuh ...

Sebuah kejadian "ajaib" berlaku di Gaza Selatan, tepatnya di daerah AI Maghraqah. Saat itu para mujahidin sedang memasang ranjau. Di saat mengulur Wayar, tiba-tiba sebuah pesawat mata-mata Israel memergoki mereka. Bom pun terus jatuh ke lokasi itu.

Untunglah para mujahidin selamat. Namun, wayar pengubung ranjau dan pemicu yang tadi hendak disambung menjadi terputus. Tidak ada kesempatan lagi untuk menyambungnya, kerana pesawat masih berputar-putar di atas.

Tak lama kemudian, beberapa kereta kebal Israel mendekati lokasi di mana ranjau-ranjau tersebut ditanam. Tak sekadar lewat, kereta kebal itu malah berhenti tepat di atas peledak yang sudah tak berfungsi itu.

Apa daya, kaum Mujahidin tak boleh berbuat apa-apa. Wayar ranjau jelas tak mungkin disambung, sementara kereta kebal Israel telah berkumpul di atas ranjau.

Mereka merasa amat sedih, bahkan ada yang menangis ketika melihat pemandangan itu. Sebahagian yang lain berdoa, "Allahumma kama lam tumakkinna minhum, allahumma la tumakkin lahum," yang maknanya, "Ya Allah, sebagaimana engkau tidak memberikan kesempatan kami menghadapi mereka, jadikanlah mereka juga tidak memiliki kesempatan serupa."

Tiba-tiba, ketika fajar tiba, terjadilah keajaiban. Terdengar letupan dahsyat tepat di lokasi penanaman ranjau yang tadinya tak berfungsi.

Setelah Tentera Israel pergi dengan membawa kerugian akibat letupan tersebut, para mujahidin akan melihat lokasi letupan. Sungguh ajaib, ternyata seluruh ranjau yang telah mereka tanam itu masih utuh. Dari mana datangnva letupan? Wallahu a'lam.

Masih dari wilayah Al Maghraqah. Saat pasukan Israel menembakkan artileri ke salah satu rumah, hingga rumah itu terbakar dan api menjalar ke rumah sebelahnya, para mujahidin dihinggapi rasa khuatir jika api itu semakin tak terkawal.

Seorang dari mujahidin itu lalu berdoa, "Wahai Dzat yang merubah api menjadi sejuk dan tidak membahayakan untuk Ibrahim, padamkanlah api itu dengan kekuatan-Mu."

Maka, tidak lebih dari tiga minit, api pun padam. Para mujahidin menangis terharu kerana mereka merasa Allah Subhanuhu wa Ta'ala (SWT) telah memberi pertolongan dengan terkabulnya doa mereka dengan segera.

Merpati dan Anjing ...

Di saat para mujahidin tersepit, haiwan-haiwan dan alam tiba-tiba ikut membantu, bahkan menjelma menjadi sesuatu yang menakutkan.

Seorang mujahid Palestin menuturkan "kisah ajaib" yang lain kepada laman Filithin Al Aan (25/1/2009). Saat bertugas di wilayah Jabal Ar Rais, sang mujahid melihat seekor merpati terbang dengan suara melengking, yang melintas sebelum peluru berpandu-peluru berpandu Israel jatuh di wilayah itu.

Para mujahidin yang juga melihat merpati itu langsung menangkap adanya isyarat yang ingin disampaikan sang merpati.

Begitu merpati itu melintas, para mujahidin langsung berlindung di tempat persembunyian mereka. Ternyata dugaan mereka benar. Selang beberapa saat kemudian bom-bom Israel datang menghujan. Para mujahidin itu pun selamat.

Adalagi "cerita keajaiban" mengenai seekor anjing, sebagaimana diberitakan laman Filithin Al Aan. Suatu hari, tatkala sekumpulan mujahidin Al Qassam melakukan ribath di front pada tengah malam, tiba-tiba muncul seekor anjing tentera Israel jenis doberman. Anjing itu kelihatannya memang dilatih khusus untuk membantu pasukan Israel mencari tempat simpanan senjata dan persembunyian para mujahidin.

Anjing besar ini mendekat dengan menampakkan sikap tidak bersahabat. Salah seorang mujahidin kemudian mendekati anjing itu dan berkata kepadanya, "Kami adalah para mujahidin di jalan Allah dan kami diperintahkan untuk tetap berada di tempat ini. Kerana itu, menjauhlah dari kami, dan jangan menimbulkan masalah untuk kami. "

Setelah itu, si anjing duduk dengan dua tangannya dijulurkan ke depan dan diam. Akhirnya, seorang mujahidin yang lain mendekatinya dan memberinya beberapa kurma. Dengan tenang anjing itu memakan kurma itu, lalu beranjak pergi.

Kabut pun Ikut Membantu ...

Ada pula kisah menarik yang disampaikan oleh komander Al Qassam di kem-kem pelarian Nashirat, langsung setelah selesai solat zuhur di masjid Al Qassam (17/1/2009).

Saat itu sekelompok mujahidin yang melakukan ribath di Tal Ajul terkepung oleh kereta kebal Israel dan pasukan khusus mereka. Dari atas, pesawat mata-mata terus mengawasi.

Di saat kedudukan para mujahidin tersepit, kabut tebal tiba-tiba turun di malam itu. Kabut itu telah menutupi pandangan mata tentera Israel dan membantu pasukan mujahidin keluar dari kepungan.

Kes serupa diceritakan oleh Abu Ubaidah. salah satu pemimpin lapangan Al Qassam, sebagaimana ditulis laman almesryoon.com (sudah tidak boleh diakses lagi). la bercerita bagaimana kabus tebal tiba-tiba turun dan membatu para mujahidin untuk melakukan serangan.

Awalnya, pasukan mujahiddin tengah menunggu waktu yang tepat untuk mendekati kereta kebal tentera Israel guna meledakkannya. "Tak lupa kami berdoa kepada Allah agar dimudahkan untuk melakukan serangan ini," kata Abu Ubaidah.

Tiba-tiba turunlah kabus tebal di tempat tersebut. Pasukan mujahidin segera bergerak menyelinap di antara kereta kebal, menanam ranjau-ranjau di sisinya, dan segera meninggalkan lokasi tanpa diketahui pesawat mata-mata yang memenuhi langit Gaza, atau oleh pasukan infantri Israel yang berada di sekitar kenderaan tentera itu. Lima tentera Israel tewas di tempat dan puluhan lainnya luka-luka selepas ranjau-ranjau itu meletup.

Kerana kekejaman zionis yahudi, semua makhluk Allah melawannya, Maha benar sabda Rasulullah SAW dalam hadisnya:

Tidak akan terjadi hari kiamat, sehingga muslimin memerangi Yahudi. Orang-orang Islam membunuh Yahudi sampai Yahudi bersembunyi di balik batu dan pohon. Namun batu atau pohon berkata, "Wahai muslim, wahai hamba Allah, inilah Yahudi di belakangku, kemarilah dan bunuh saja. Kecuali pohon Gharqad (yang tidak demikian), kerana termasuk pohon Yahudi." (HR Muslim dalam Shahih Jami 'As-shaghir no. 7427)

"Maka (yang sebenarnya) bukan kamu yang membunuh mereka, akan tetapi Allahlah yang membunuh mereka, dan bukan kamu yang melempar ketika kamu melempar, tetapi Allah-lah yang melempar. (Allah berbuat demikian untuk membinasakan mereka) dan untuk memberi kemenangan kepada orang-orang mu'min, dengan kemenangan yang baik. Sesungguhnya Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui. Itulah (karunia Allah yang dilimpahkan kepada kamu), dan sesungguhnya Allah sentiasa melumpuhkan tipu daya orang-orang yang kafir. "(Surah 8: 17-18)

Selamat Dengan Al-Quran ...

Cerita ini bermula ketika salah seorang pejuang yang menderita luka memasuki rumah sakit As Syifa '. Seorang doktor yang memeriksanya terkejut apabila mengetahui ada sepotong projetile peluru bersarang di saku pejuang tersebut.

Yang membuat ia sangat terkejut adalah timah panas itu gagal menembusi jantung sang pejuang kerana terhalang oleh sebuah buku doa dan mushaf Al-Quran yang selalu berada di saku sang pejuang.

Buku kumpulun doa itu berlubang, namun hanya sampul muka mushaf itu saja yang rosak, sedangkan projetile sendiri bentuknya sudah "berselerak".

Kisah ini disaksikan sendiri oleh Dr Hisam Az Zaghah, dan diceritakannya saat Festival Ikatan Doktor Jorden sebagaimana ditulis laman parti Ikhwanul Muslimin (23/1/2009).

Dr. Hisam juga memperlihatkan bukti berupa sebuah projetile peluru, mushaf Al-Qur'an, serta buku kumpulan doa-doa berjudul Hishnul Muslim yang menahan peluru tersebut.

Abu Ahid, imam Masjid An-Nur di Hay As Syeikh Ridzwan, juga punya kisah menarik. Sebelumnya, Israel telah menembak 3 rodalnya ke masjid itu hingga tidak tersisa kecuali hanya puing-puing bangunan. "Akan tetapi mushaf-mushaf Al-Qur'an tetap berada di tampatnya dan tidak tersentuh apa-apa," katanya sambil tak henti bertasbih.

"Kami temui beberapa mushaf yang terbuka tepat di ayat-ayat yang menceritakan tentang kemenangan dan kesabaran, seperti firman Allah,

"Dan Kami pasti akan menguji kamu dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa, dan buah-buahan. Dan sampaikanlah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar, iaitu orang-orang yang apabila ditimpa musibah mereka berkata, 'sesungguhnya kami milik Allah dan kepada-Nyalah kami kembali,' (Al-Baqarah [2]: 155-156). "

jelas Abu Ahid sebagaimana dikutip Islam Online (15/1/2009).

Harum Jasad Para Syuhada ...

Abdullah As Shani adalah anggota kesatuan sniper (penembak jitu) al-Qassam yang menjadi sasaran peluru berpandu pesawat F-16 Israel ketika sedang berada di pos keselamatan di Nashirat, Gaza.

Jasad komander al-Qassam dan pengawal khusus para tokoh Hamas ini "hilang" setelah terkena peluru berpandu. Selama dua hari jasad tersebut dicari, ternyata sudah hancur tak tinggal kecuali serpihan kepala dan dagunya. Serpihan-serpihan tubuh itu kemudian dikumpulkan dan dibawa pulang ke rumah oleh keluarganya untuk dimakamkan.

Sebelum dikebumikan, sebagaimana dikeluarkan laman syiria-aleppo.com (24/1/2009), serpihan jasad tersebut sempat disemayamkan di sebuah ruangan di rumah keluarganya. Beberapa lama kemudian, tiba-tiba muncul bau harum kasturi dari bilik simpanan serpihan tubuh tadi.

Keluarga Abdullah As Shani 'terkejut lalu memberitahu kepada orang-orang yang mengenal sang pejuang yang memiliki kuniyah (gelaran) Abu Hamzah ini.

Lalu, puluhan orang ramai-ramai mendatangi rumah tersebut untuk mencium bau harum yang berasal dari serpihan-serpihan tubuh yang diletakkan dalam sebuah beg plastik.

Bahkan, menurut pihak keluarga, 20 hari selepas wafatnya lelaki yang tak suka menampakkan amalan-amalannya ini, bau harum itu kembali semerbak memenuhi rungan yang sama.

Cerita yang sama berlaku juga pada jenazah Musa Hasan Abu Nar, mujahid Al Qassam yang juga syahid kerana serangan udara Israel di Nashiriyah. Dr Abdul Rahman Al Jamal, penulis yang tinggal di Gaza, ikut mencium bau harum dari sepotong kain yang terkena darah Musa Hasan Abu Nar. Walau kain itu telah dicuci berkali-kali, bau itu tetap semerbak.

Ketua Parti Amal Mesir, Majdi Ahmad Husain, menyaksikan sendiri harumnya jenazah para syuhada. Sebagaimana dilansir laman Al Quds Al Arabi (19/1/2009), ketika masih berada di Gaza, ia menyampaikan,

"Saya telah melawat sebahagian besar bandar dan desa-desa. Saya ingin melihat bangunan-bangunan yang hancur kerana serangan Israel. Percayalah, bahawa saya mencium bau harumnya para syuhada. "

Dua Pekan Wafat, Darah Tetap Mengalir ...

Yasir Ali Ukasyah sengaja pergi ke Gaza dalam rangka bergabung dengan sayap milisi pejuang Hamas, Brigade Izzuddin al-Qassam. Ia meninggalkan Mesir setelah gerbang Rafah, yang menghubungkan Mesir-Gaza, terbuka beberapa bulan lalu.

Sebelumnya, pemuda yang gemar menghafal Al-Qur'an ini sempat mengikuti wisuda huffadz (para penghafal) Al-Qur'an di Gaza dan bergabung dengan para mujahidin untuk mendapat latihan ketenteraan. Sebelum masuk Gaza, di pertemuan akhir dengan salah satu sahabatnya di Rafah, ia meminta didoakan agar memperoleh kesyahidan.

Untung tak dapat ditolak, malang tak dapat diraih, di bumi jihad Gaza, ia telah memperoleh apa yang ia cita-citakan. Yasir syahid dalam sebuah pertempuran dengan pasukan Israel di kem pelarian Jabaliya.

Kerana keadaan medan, jasadnya baru boleh dipindahkan setelah dua minggu wafatnya di medan pertempuran tersebut.

Walau sudah dua minggu meninggal, para pejuang yang ikut serta melakukan evakuasi menyaksikan bahawa darah segar pemuda berumur 21 tahun itu masih mengalir dan fizikalnya tidak rosak. Keadaannya mirip seperti orang yang sedang tidur.

Sebelum syahid, para pejuang pernah menawarkan kepadanya untuk berkahwin dengan salah satu gadis Palestin, namun ia menolak. "Saya meninggalkan keluarga dan tanah air kerana hal yang lebih besar dari itu," jawabnya.

Khabar tentang keadaan jenazah pemuda yang memiliki kuniyah Abu Hamzah beredar di kalangan penduduk Gaza. Para khatib juga menjadikannya sebagai bahan khutbah Jumaat mereka atas tanda-tanda keajaiban perang Gaza. Cerita ini juga dimuat oleh Arab Times (7/2/2009)

Terbunuh 1.000, Lahir 3.000 ...

Hilang seribu, tumbuh tiga ribu. Sepertinya, ungkapan ini sesuai disematkan kepada penduduk Gaza. Kesedihan rakyat Gaza atas kehilangan nyawa 1.412 putra putrinya, terubat dengan lahirnya 3,700 bayi selama 22 hari serangan Israel terhadap bandar kecil ini.

Hamam Nisman, Pengarah Jabatan Hubungan Sosial dalam Kementerian Kesihatan pemerintahan Gaza menyatakan bahawa dalam 22 hari 3,700 bayi lahir di Gaza.

"Mereka lahir antara tarikh 27 Disember 2008 hingga 17 Januari 2009, ketika Israel melakukan serangan yang menyebabkan meninggalnya 1.412 rakyat Gaza, yang majoriti wanita dan kanak-kanak-kanak-kanak," katanya.

Bulan Januari tercatat sebagai angka kelahiran tertinggi berbanding bulan-bulan sebelumnya. Setiap tahun 50 ribu kes kelahiran tercatat di Gaza. Dan, dalam satu bulan tercatat 3,000 hingga 4,000 kelahiran. Akan tetapi di masa serangan Israel 22 hari, kami mencatat 3,700 kelahiran dan pada sisa bulan Januari tercatat 1,300 kelahiran. Bererti dalam bulan Januari berlaku peningkatan kelahiran hingga 1,000 kes.

Nisbah antara kematian dan kelahiran di Gaza memang tidak sama. Angka kelahiran, jelasnya lagi, mencapai 50 ribu setiap tahun, sedang kematian mencapai 5 ribu.

"Israel sengaja membunuh para wanita dan kanak-kanak-kanak-kanak untuk menghapuskan masa depan Gaza. Sebanyak 440 kanak-kanak dan 110 wanita telah dibunuh dan 2.000 anak serta 1.000 wanita mengalami luka-luka. "

Monday, November 19, 2012

Kenali Palestin Siri 3

tulisan : Q Anwar Khalib


APAKAH KEADAAN YANG SEBENAR

Media gemar menggambarkan situasi di Palestin sebagai 'Konflik', 'Permasalahan Dalaman', 'Masalah Antara Agama' dan sebagainya. Tetapi jarang yang menyatakan kebenaran yang sebenarnya sanggat mudah difahami. Ia adalah satu PENJAJAHAN. Negara Haram Israel selaku penjajah dan Palestin selaku yang dijajah. Mana mungkin penjajah (yang juga kuasa ketenteraan ke-4 terbesar di dunia) digambarkan sebagai 'mempertahankan diri' apabila mangsa jajahan mereka berjuang menuntut KEMERDEKAAN!

Dari sisi-pandang yang lain pula, apabila direnungi akan keistimewaan dan kepentingan Palestin pada kacamata Islam dan peranan yang telah dimainkannya sepanjang sejarah Islam, konflik ini sebenarnya adalah konflik ketamadunan yang berlangsung di antara dua pihak; di satu pihak, Tamadun Islam dengan perundangan Rabbaninya dan tanggungjawab membentuk sistem kemasyarakatan yang penuh dengan keadilan dan kebebasan di muka bumi ini sebagaimana yang telah diperintahkan oleh Allah SWT; dan di satu pihak lagi, Tamadun Barat dengan budaya materialisme, pendewaan keturunan dan negara, malah juga penafian akan kebesaran Allah SWT. Malah pada tahun 1918, selepas memasuki kawasan Masjidil Aqsa, General Allenby selaku pemerintah Kuasa Bersekutu mengisytiharkan, "Pada hari ini, Perang Salib akhirnya tamat!"

Kewujudan sebuah 'Negara Zionis' di tengah-tengah dunia Islam dan penaklukan Masjidil-Aqsa adalah simbolik kelemahan Ummah Islam dan juga sikap orang-orang Islam yang menyimpang dari landasan Islam sambil mendabik dada dengan ideologi-ideologi asing lagi syirik yang ditanamkan oleh musuh-musuh Islam. Masjidil-Aqsa, Baitul-Maqdis dan bumi Palestin yang suci ini bukannya kepunyaan orang-orang Palestin atau Arab sahaja tetapi adalah hak setiap orang Islam. Hanya apabila umat Islam kembali kepada Islam dan melihat konflik ini dalam ertikatanya yang sebenar, bumi bertuah ini akan kembali dibebaskan sepertimana yang telah dilakukan pada kurun yang ke-12 oleh Salahuddin Al-Ayubi. Walaupun beliau bukan seorang Arab, akan tetapi beliau faham akan tanggungjawabnya dalam menangani persengketaan ketamadunan di antara Islam dan Barat, di antara Iman dan Kufur.

Umat Islam perlu merenungi sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: “Tidak beriman seseorang kamu sehinggalah dia mengasihi saudaranya seperti mana dia mengasihi dirinya sendiri.” - Hadis riwayat Bukhari dan Muslim

Rasulullah SAW juga menyuruh umatnya untuk sentiasa berada dalam keadaan membela saudara muslimnya dengan sabda Baginda SAW yang bermaksud: “Tidak ada seorang Muslim yang membiarkan saudara muslimnya ketika maruahnya dicerobohi dan kehormatannya dicela melainkan Allah SWT akan membiarkannya (tidak menolong) ketika dia memerlukan pertolongan.” - Hadis riwayat Imam Abu Daud

"Wahai para pejuang Ummah ini, jangan kamu sekali-kali lupa, sejak lebih 800 tahun yang lalu, Palestin dan Baitul-Maqdis berada di bawah kekuasaan hamba-hamba Allah SWT yang beriman selama lebih 700 tahun dan bumi suci ini baru berada di tangan Zionis hanya sejak kurang 100 tahun yang lalu. Salahuddin Al-Ayubi telah mengambil kembali bumi bertuah ini setelah dijajah hanya selama 88 tahun. Cuma ingatlah, wahai para pejuang, Salahuddin Al-Ayubi menghabiskan hidup beliau di medan Jihad. Di mana 'jihad' kita?"

Kenali Palestin Siri 2

PALESTIN DI DALAM SEJARAH ISLAM

tulisan : Q Anwar Khalib


Sejarah Palestin menyingkap sejarah Islam sejak dari Rasul yang pertama lagi, Adam AS, hinggalah Rasul yang terakhir, Muhammad SAW. Palestin adalah bumi para Rasul yang diutuskan dengan ajaran Islam (mentauhidkan Allah) dan tidaklah wajar untuknya diperintah oleh sesiapa melainkan mereka yang menegakkan Islam dengan melaksanakan perundangan dan perlembagaannya.

Masjidil-Aqsa adalah masjid yang kedua ditegakkan di muka bumi 40 tahun selepas tertegaknya Masjidil-Haram. Ia adalah bumi yang suci di mana ramai daripada para Rasul AS dilahirkan dan wafat, termasuklah Ibrahim AS, Lut AS, Daud AS, Sulaiman AS, Musa As dan Isa AS. Biarpun Daud AS dan Sulaiman AS telah berjaya menegakkan kerajaan Islam di Palestin berasaskan perundangan yang ditetapkan oleh Allah SWT, seperti yang dinyatakan di dalam Al-Qur'an, keturunan mereka telah menyimpang daripada jalan-Nya yang lurus itu, melanggar segala hukuman yang ditetapkan oleh Allah SWT lantas mereka telah dihukum oleh Allah SWT dengan pelbagai hukuman termasuklah dinyahkan dari bumi suci itu. Baitul-Maqdis adalah qiblat pertama umat Islam dan juga merupakan tempat Isra' dan Mi'raj Rasulullah SAW.

Palestin kembali di bawah kekuasaan umat Islam pada zaman pemerintahan Umar ibn al-Khattab, Khalifah kedua umat Islam. Palestin lantas dijadikan sebahagian dari Negara Islam dan melaksanakan perundangan Islam. Perundangan yang baru ini diterima baik dan disokongi oleh bukan sahaja umat Islam, tetapi juga oleh orang-orang Yahudi dan Kristian yang tinggal di Palestin. Sebelum kemenangan Islam, mereka berada di bawah pemerintahan kuku besi kerajaan Byzantine. Kerajaan Kristian Byzantine juga menindas penduduk orang-orang Kristian di situ kerana mereka berlainan aliran. Kerajaan Islam bagaimanapun, menjanjikan keadilan kepada semua penduduk tanpa mengira agama dan aliran kefahaman.

1099 Masihi. BaitulMaqdis ditakluki oleh tentera Salib Eropah dan puluhan ribu penduduk BaitulMaqdis dibunuh selepas penaklukan. BaitulMaqdis dijajah selama hampir satu abad. Ketika penjajahan tersebut, pembunuhan beramai-ramai dan penindasan yang dahsyat dikenakan ke atas umat Islam, penduduk Yahudi dan penduduk Kristian asal di situ. Perundangan yang dilaksanakan di bumi suci itu penuh dengan kekerasan dan penindasan.

1187 Masihi. BaitulMaqdis dibebaskan oleh umat Islam di bawah pimpinan Salahuddin Al-Ayubi dan perundangan Islam sekali lagi dilaksanakan di bumi Palestin. Penduduk bukan Islam di Palestin tidak diapa-apakan, dan setelah membayar tebusan, diberi pilihan untuk hidup di bawah pemerintahan Islam ataupun keluar meninggalkan BaitulMaqdis. Mereka yang tinggal di BaitulMaqdis pula dibenarkan hidup dan beribadat seperti biasa di bawah pemerintahan Islam. Catatan sejarah jelas membezakan perlakuan tentera Salib dengan tentara Islam semasa masing-masing berjaya menakluki BaitulMaqdis pada 1099 dan 1187.

1901. Tokoh-tokoh Zionis cuba meyakinkan Sultan Abdul Hamid ke-2, Khalifah Umat Islam agar 'menjual' Palestin kepada mereka dengan tawaran kewangan yang hebat. Sultan Abdul Hamid langsung tidak mahu bertemu dengan mereka dan sebanyak dua kali memberikan jawapan-jawapan berikut.

"Baitul-Maqdis menjadi sebahagian dari Bumi Islam ketika Umar ibn Al-Khattab mengambil kota itu dan aku tidak akan sekali-kali menghina diriku dalam sejarah dengan menjual bumi suci ini kepada Yahudi dan aku tidak akan menodai tanggung-jawab dan amanah yang diberikan oleh ummah ini kepadaku. Biarlah mereka menyimpan wang mereka, umat Islam Uthmaniyyah tidak akan bersembunyi di dalam kota-kota yang dibina dengan wang musuh-musuh Islam." - Jawapan kepada seorang pemilik Bank Yahudi, Mizray Qraow dan 2 lagi pemimpin Yahudi.

"Aku tidak boleh memberikan walau segenggam dari tanah ini kerana ia bukan milikku, ia hak Ummah Islam seluruhnya. Ummah Islam yang telah berjihad demi bumi ini dan mereka telah membasahinya dengan darah-darah mereka. Sekiranya Khilafah Islam ini dimusnahkan pada suatu hari, mereka boleh mengambil Palestin tanpa bayaran! Tetapi selagi aku masih hidup, aku lebih rela sebilah pedang merobek tubuhku daripada melihat bumi Palestin dipecah dan diberikan keluar dari Negara Islam. Penjualan Palestin adalah sesuatu yang tidak akan berlaku, aku tidak akan memotong-motong tubuh kami selagik ami masih hidup.“ - Jawapan kepada Theodor Herzl.

1916. Nasionalis Arab yang terpengaruh dengan pemikiran Barat mengumumkan pemberontakan terhadap Khalifah Islam Uthmaniyyah atas hasutan British yang menjanjikan mereka negara-negara 'Arab' bagi menggantikan Negara 'Islam'. Dasar Pecah dan Perintah British terlaksana dengan jayanya.

1917. Kerajaan British mengeluarkan Deklarasi Balfour yang mengumumkan bahawa Palestin adalah tanahair bangsa Yahudi. Pada ketika itu, jumlah penduduk Yahudi hanyalah kira-kira 6% daripada keseluruhan penduduk Palestin dan mereka memiliki hanya kira-kira 2.5% dari keseluruhan tanah Palestin.

1918. Tamatnya Perang Dunia Pertama. Kerajaan British dan sekutu-sekutu mereka dari kalangan nasionalis Arab menjatuhkan Kerajaan Islam Uthmaniyyah. British membahagikan Empayar Islam Uthmaniyyah dan menduduki Palestin. British kemudiannya terus memulakan kempen membawa masuk bangsa Yahudi dari Eropah ke Palestin.

1948. Bangsa Yahudi mahukan penubuhan sebuah negara untuk mereka di bumi Palestin dan menamakannya Israel. Beratus ribu umat Islam Palestin dihalau keluar dari Palestin dengan tekanan ketenteraan kumpulan-kumpulan pengganas Yahudi seperti Irgun, Levi dan Haganah yang dibiayai dan diberi kelengkapan senjata oleh tentera British. Peristiwa Al-Nakbah. Zionis diberi 54% keluasan tanah Palestin dan Umat Islam 46% selebihnya

1967. Israel menyerang Mesir, Jordan dan Syria serta menduduki lebih banyak kawasan di Palestin termasuklah (77%), buat kali pertamanya, Masjidil-Aqsa. Semenjak hari tersebut, Bumi Palestin terjajah dan Masjidil-Aqsa telah cuba dihancurkan oleh mereka dengan cubaan meroboh dan membakarnya. Malah beberapa cubaan untuk meruntuhkannya menerusi terowong-terowong bawah tanah juga telah dilaksanakan. Bangsa Yahudi Zionis tahu bahawa Masjidil-Aqsa adalah lambang keislaman bumi Palestin dan mereka mahu menghilangkan segala kesan tamadun Islam dari Palestin.

1987-1991. Umat Islam Palestin memulakan kebangkitan (Intifada) di Tebing Barat dan Semenanjung Gaza menentang penjajahan Yahudi yang berterusan itu. Intifada terus hidup dan bertambah kuat. Walaupun menghadapi ribuan kematian (Shuhada', Insha-Allah) dan kecederaan, umat Islam Palestin tetap cekal memperjuangkan hak dan maruah mereka.

2000-2004 - Intifada ke-2 (Intifada Al-Aqsa)
Selepas pelbagai 'rundingan damai', Israel mencabuli kesucian Al-Aqsa dan ini mencetus kebangkitan umat Islam Palestin. Perkataan 'Intifada' mula digantikan oleh media-media dunia yang dikawal oleh Zionis kepada 'Keganasan/Teorrism'. Maka satu perjuangan oleh anak bumi yang dijajah menentang penjajah yang berterusan menjajah dan bertindak kejam di luar batasan kemanusiaan kini dilabel oleh dunia sebagai tindakan pengganas.

2004 - Bermulanya pembinaan Tembok Apartheid yang diisytiharkan HARAM/TIDAK SAH oleh 'International Court of Justice'. Tembok ini meneruskan agenda pengambilan tanah-tanah umat Islam Palestin yang dijajah untuk membina penempatan-penempatan haram untuk penghijrah Zionis ke Palestin.

2006 - HAMAS memenangi majority pilihanraya di Gaza. Lantas kuasa-kuasa demokrasi dunia MENOLAK demokrasi dan hak rakyat untuk bersuara. Segala saluran kewangan (bantuan dan pendapatan) ke Gaza dibekukan. Gaza dikenakan sekatan ekonomi sehinggakan keperluan-keperluan asas seperti ubat-ubatan, makanan dan bahan binaan tidak lagi didapati seperti biasa. HAMAS, selaku pemerintah, juga dihalang mempertahankan rakyatnya dan setiap tindakan dilabel sebagai tindakan pengganas.

2008 - Gaza diserang dan berlaku pembunuhan beramai-ramai umat Islam Gaza (lebih 1400 orang). Media dunia menyatakan ini satu tindakan 'membela diri'. Selepas genjatan senjata selama 6 bulan, tentera Israel menceroboh sempadan Gaza dan membunuh 6 orang rakyat Palestin. Pemerintah Gaza yang mempertahankan rakyatnya akibat pencerobohan dan pembunuhan Zionis tersebut dikatakan bertindak sebagai pengganas lantas Gaza dan penduduknya dibedil dari darat, laut dan udara.

2010 - Flotila Pembebasan Gaza (Mavi Marmara) yang membawa keperluan-keperluan asas secara aman ke Gaza melalui jalan laut diserang oleh komando-komando Zionis menyebabkan 9 kematian.

2012 - Sekali lagi Gaza diserang......jumlah kematian umat Islam Palestin terkini, 67 orang (maaf 71 orang sejak 3 jam lalu) dan lebih 50% adalah wanita, kanak-kanak dan orang-orang tua. Anak-anak seusia 11 bulan menjadi sasaran Negara Haram Pengganas ini.

Kenali Palestin Siri 1

tulisan : Q Anwar Khalib




Bumi Palestin sangat bermakna kepada dunia kerana kepentingan keagamaannya serta kedudukan geografinya. Sepanjang sejarahnya, Palestin telah menjadi fokus persengketaan dan peperangan pelbagai pihak dan sejak lebih seribu tahun lalu, di antara dunia Islam dan dunia Kristian. Sejak seabad ini pula, Palestin juga telah menjadi fokus pertelingkahan dunia Islam dan bangsa Yahudi Zionis. Keistimewaaan dan kepentingan Palestin kepada Islam dan ketamadunan Islam itu letaknya selepas kepentingan dan keistimewaan Makkah dan Madinah. Kehilangan Palestin pada tahun 1948 itu dirasai pahitnya oleh umat Islam hampir sama seperti kejatuhan Khalifah Islam pada 1918 sebagai kejatuhan yang paling pahit. Malah kedua-dua musibah ini sebenarnya sangat berkaitan di antara satu sama lain. Apakah bumi Palestin itu? Apakah keistimewaan dan kepentingannya menurut Islam? Apakah konflik sebenar di bumi Palestin itu? Dan apakah jalan keluar dari penjajahan ke atasnya kini?


BUMI PALESTIN

Sehingga tamatnya Peperangan Dunia Pertama pada tahun 1918, Palestin masih merupakan sebahagian daripada empayar Uthmaniyyah Islam. Empayar Uthmaniyyah merangkumi Afrika Utara, Semenanjung Arab, melalui kawasan Laut Hitam ke Laut Adriatik. Empayar Uthmaniyyah merupakan kerajaan yang paling bertimbang-rasa sejak berkurun lamanya dan menjadi tempat perlindungan bagi golongan penganut agama minoriti di Eropah terutamanya, tetapi bukan satu-satunya, bangsa Yahudi. Sifat timbang-rasa ini adalah kerana Empayar ini meletakkan Al-Qur'an dan Sunnah sebagai asas perlembagaan dan undang-undangnya.

Di dalam negara Islam yang luas ini memang tiada sempadan-sempadan geografi. Secara umumnya kawasan di mana bumi Palestin ini berada dikenali sebagai sebahagian daripada Selatan Bilad al-Sham. Di dalam kawasan ini jugalah letaknya negara-negara yang kini dikenali sebagai Syria, Jordan dan Lebanon. Selepas Peperangan Dunia Pertama, Palestin telah dipisahkan daripada kawasan tersebut oleh penjajah British. Untuk kali pertaman di dalam sejarahnya, Palestin menjadi sebuah negara dengan sempadan-sempadan yang dikenal-pasti dan keluasan seluas kira-kira 10,429 batu persegi. Sempadan-sempadannya adalah; Sungai Jordan di sebelah Timur, Laut Mediterranean di sebelah Barat, Lebanon di sebelah Utara manakala di sebelah Selatannya, Gurun Sinai dan Teluk Aqabah.


PALESTIN DI DALAM ISLAM

Kepentingan Palestin kepada Islam amat jelas melalui rujukan kerap kepadanya di dalam Al-Qur'an dan juga Hadith Rasulullah SAW. Keistimewaan utama bumi Palestin ini kepada umat Islam ialah kerana di dalamnya terletak Baitul-Maqdis, tempat yang paling mulia menurut Islam di luar tanah Hijaz. Kedua-dua, Masjidil Aqsa dan Kubah Batu (Dome of Rock) telah dibina di dalam kawasan Baitul-Maqdis.

Baitul-Maqdis di Palestin inilah merupakan tempat fokus Isra' dan Mi'raj Rasulullah SAW. Firman Allah SAW di dalam Al-Qur'an, mafhumnya,
"Maha Suci Allah yang telah menjalankan hambaNya (Muhammad) pada malam hari dari Masjid Al-Haraam (di Makkah) ke Masjid Al-Aqsa (di Palestin), yang Kami berkati sekelilingnya, untuk memperlihatkan kepadanya tanda-tanda (kekuasaan dan kebesaran) Kami. Sesungguhnya Allah jualah yang Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui" Surah Isra' (17:1).

Baitul-Maqdis di Palestin adalah merupakan masjid kedua yang dibina di atas muka bumi selepas Masjidil-Haram di Makkah. Di dalam sebuah Hadith, Abu Dhar telah mengatakan:
"Pada satu ketika aku bertanyakan Rasulullah SAW apakah masjid yang pertama di bumi; Baginda SAW telah berkata Masjidil-haram. Kemudian aku bertanyakan baginda SAW: Kemudian, masjid mana? Baginda SAW menjawab: Masjidil-Aqsa. Aku kemudiannya bertanya kepada baginda apakah jangka-masa diantara tertubuhnya kedua-dua masjid tersebut; dan Baginda SAW menjawab: empat puluh tahun." - Hadis riwayat Bukhari

Baitul-Maqdis di Palestin merupakan Qiblat pertama umat Islam. Umat Islam bersolat berqiblatkan Baitul-Maqdis sepanjang kehidupan Rasulullah SAW di Makkah sebelum hijrah dan juga selama 16 bulan pertama Rasulullah SAW di Madinah. Selepas itu Allah SWT telah memerintahkan agar Qiblat dialihkan ke Kaabah di Makkah (Al-Baqarah ayat 144).

Solat di Masjidil-Aqsa ini adalah serupa dengann 500 kali solat di mana-mana masjid lain kecuali Masjidil-Haram di Makkah dan Masjidin-Nabawi di Madinah. Di dalam sebuah Hadith Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya:
"Solat-solat di Masjidil-Haram adalah serupa dengan 100,000 solat, dan solat-solat di masjidku (di Madinah) adalah serupa dengan 1000 solat dan solat-solat di Baitul-Maqdis adalah serupa dengan 500 solat." - Hadis riwayat Tabarani

Terdapat juga ayat-ayat di dalam Al-Qur'an dan beberapa Hadith Rasulullah SAW yang mengambarkan keistimewaan Baitul-Maqdis di dalam Islam dan menyatakan bahawa Allah SWT memuliakan tanah-tanah di sekelilingnya. Antaranya;

Rasulullah SAW bersabda:
“Sentiasa akan ada sekelompok dari umatku yang sentiasaberjuang bersama-sama kebenaran, mencabar dan menentang musuh-musuh mereka. Musuh-musuh mereka tidak dapat memberi mudarat kepada mereka sehingga Allah mendatangkan keputusannya. Mereka tetap dalam keadaan demikian.” Maka para sahabatbertanya,”Dimanakah mereka?” Jawab Rasulullah, ” Di Baitul Maqdis dan sekitarnya.” - Hadis riwayat Bukhari

Ayat-ayat Qur'an dan Hadith-hadith Rasulullah SAW mengenai bumi Palestin yang mulia ini menyebabkan para sahabat Rasulullah SAW sangat menyayanginya. Malah ketika Umar ibn Al-Khattab RA mejejakkan kakinya di kawasan ini untuk perrtama kalinya, beliau RA telah mengumumkan bahawa seluruh bumi Palestin itu adalah sebahagian daripada waqaf kepada generasi umat Islam akan datang.

Setelah mentelaah ayat-ayat Qur'an, Hadith-hadith Rasulullah SAW dan juga sikap para sahabat Rasulullah SAW, tiada minda yang sihat boleh menafikan bahawa Palestin, bumi yang mulia lagi suci adalah sangat tinggi kepentingan dan keistimewaannya kepada seluruh ummah ini.

Sunday, November 18, 2012

kenali Brigade Izzuddin al Qassam / " Briged Al-Qassam

From : Tentera Fisabillillah (Bangkitlah Wahai Umat Islam)

Mari kenali Brigade Izzuddin al Qassam / " Briged Al-Qassam ".

JIKA :

- Britain mempunyai British Special Air Service (SAS),

- Amerika Syarikat dengan Navy Seals nya

- Israel dengan Shayetet 13,

Palestin mempunyai kelas tersendiri dengan tentera penggempurnya yang berani mati, Briged Ezzedeen Al-Qassam atau lebih dikenali sebagai Al-Qassam yang amat digeruni oleh rejim Zionis.

Al-Qassam, sebuah sayap tentera Hamas, dipelopori penubuhannya oleh pejuang Palestin seperti Sheikh Ahmad Yassin, Dr. Ibrahim Al-Maqadema dan Sheikh Salah Shehada pada tahun 1984.

Nama Al-Qassam adalah sempena nama pejuang yang syahid berdekatan Jenin pada tahun 1935, Ezzedeen Al-Qassam.

Baru-baru ini, penulis yang berada di Gaza atas tujuan rakaman siri dokumentari dijemput oleh kerajaan pemerintah Gaza, Hamas untuk mengunjungi pusat latihan Al-Qassam bagi menyaksikan satu demonstrasi latihan taktikal serangan briged itu. Difahamkan, peluang itu jarang sekali dibuka kepada rakyat Palestin apatah lagi orang luar.

Penulis diberi taklimat oleh komander yang tidak mahu dikenali atas tujuan keselamatan. Beliau berkata, briged elit itu dianggotai oleh pemuda berusia 30 tahun dan ke bawah sahaja.

"Objektif utama penubuhan Al- Qassam adalah mempertahankan tanah suci Palestin daripada penjajahan Zionis yang zalim, membebaskan tanah Palestin dan seluruh tanahnya yang dirampas di Tebing Barat serta memantapkan semangat jihad dalam kalangan orang Palestin," katanya.

Apabila ditanya jumlah tentera Al-Qassam pada masa ini, komander tersebut yang pada mulanya enggan menjawab memberitahu, bilangannya dalam lingkungan 25,000 orang.

Peraturan " Briged Al-Qassam ".

"Peraturan kami yang paling ketat ialah setiap tentera mesti solat lima waktu sehari secara berjemaah," ujarnya.

Tambah beliau, Al-Qassam juga mempunyai skuad wanita tetapi bukanlah barisan yang paling penting.

"Kami menggunakan wanita apabila keadaan memaksa. Contohnya, pernah sekali tentera kami dikepung oleh tentera Israel dalam sebuah masjid. Kami menghantar tentera wanita untuk masuk ke dalam masjid bagi menyerahkan baju lain kepada anggota yang terperangkap. Kemudian mereka berlakon keluar seperti orang biasa.

"Walaupun kami kehilangan tiga wanita dalam operasi itu, kami tetap berjaya kerana begitu ramai askar yang dapat diselamatkan," katanya.

Sudah menjadi perkara biasa apabila kedengaran letupan dan bunyi tembakan di Gaza bukan kerana serangan tentera Israel sebaliknya sesi latihan Al-Qassam.

"Di daerah Al-Zaytun, tentera Israel hanya memerlukan 10 minit untuk memasuki tanah Gaza dengan kereta kebal. Oleh itu, kami terpaksa bersedia setiap masa," kata seorang tentera Al-Qassam.

Briged ini juga terkenal dengan roket Al-Qassam, roket artileri buatan sendiri yang dikeluarkan dalam tiga model sepanjang tahun 2001 hingga 2011. Roket itu ditembak dari Gaza dan sering membawa kemusnahan yang dahsyat sehinggakan media Israel menggelarkan setiap roket yang memasuki Semenanjung Barat sebagai Qassam.

Penulis disajikan dengan satu demonstrasi selama lima minit dengan 20 tentera yang memainkan pelbagai peranan. Demo teknikal itu membabitkan dua kumpulan yang menyerang sebuah rumah kosong manakala sebuah kumpulan lain bertindak sebagai pasukan bantuan. Satu lagi pasukan akan memastikan tiadanya bantuan daripada tentera musuh (Israel).

Demonstrasi itu menggunakan peluru hidup, bom tangan, mesingan, senapang AK-47 dan roket grenad. Demonstrasi itu cukup membuktikan betapa hebatnya generasi muda ini dan wajarlah tentera Israel seramai 700,000 orang cukup gerun dengan Al-Qassam.

Sesudah sesi latihan itu, kesemua askar tersebut berkumpul dan bersujud syukur - satu amalan penting setiap kali sesudah satu peperangan melawan tentera Zionis.

Penulis juga dibawa berjumpa dengan beberapa tentera Al-Qassam sebelum mereka bergegas untuk menunaikan solat Asar. Namun, penulis diberitahu rakaman gambar tidak dibenarkan kerana ingin merahsiakan identiti setiap anggota mereka.

Penulis terkejut apabila mereka membuka topeng hitam mereka, kesemuanya mempunyai muka bersih dan bersinar, jelas nampak keikhlasan untuk menjadi tentera Islam yang tidak takut mati.

Salah seorang tentera bertanyakan negara asal penulis dan apabila disebut Malaysia, beliau menjawab: "Tanah ini milik kamu juga."

Jawapannya membuat penulis terkedu kerana maknanya sangat mendalam.

Sejak Intifada pada tahun 2000, seramai 800 askar Al-Qassam telah mati syahid. Bahkan apabila seseorang tentera Al-Qassam pulang daripada peperangan, mereka sering akan bertanyakan kepada diri sendiri :

'Mengapakah saya tidak syahid?'

c&p